Monday, 11 February 2013

My New Interest >.< Bowling !

Asslamualaikum + Annyeong ..

Di tengah hari yang cuacanya elok ini .. Saya mahu beritahu satu cerita .. Sebelum tu .. Saja nak beritahu ! Saya baru habis makan tengah hari. Menunya ialah .. Tomyam Ayam + Telur Bungkus + Lidah Bakar Haa .. Mesti korang tak pernah makan lidah bakar kan ? Sedap gilaa * Eh , lepas dari tajuk pulakk. Hari tu first time main bowling , aku main dengan keluarga besar. Aku dapat 56 je ! Sepupu aku yang umur 11 tahun pun boleh potong aku punya point. Dua-2 game pulak tu .

The Secong Time
Aku main game pertama sepupu aku potong. Tercabar k ! Game ke-2 aku main kann . Aku dapat 98 ! Dia bawah daripada aku . Alhamdulillah .. Bertambah keyakinan aku ! Petang ni , ayah aku kata nak beli bola kat aku. Hermm .. Aku harap dapat meng'improve' skill aku ^^

fany

Cute rigth ?

Alam sekolah menengah bermula#2

Asslamualaikum + Annyeong haseyo ~!!

Malam ni .. nak sambung pasal detik-2 tingkatan satu.

Kelas
selepas minggu orientasi, bermulalah aku belajar. Cikgu kelas aku cikgu Bahasa Arab. And .. Dalam kelas tu ada lagi dua orang kawan aku yang sama sekolah masa sekolah rendah. Pelbagai ragam kawan baru aku ni. ada yang aku suka , dan ada yang aku tak suka. So , nak cercita sikit kat hampa semuaa naa *yushh!

Liyana - Okey , dia ni dok sebelah aku. Sebelah kanan. Dari segi rupa , dia putih , ada lesung pipit , mata dia pun bolehla comel. Dia budak pandai. Tambah-2 lagi Maths. Dah la kami satu kelas tak berapa nak faham faktor perdana lah , gandaan sepunya lah.. Bila hari tu ada subjek maths kan , mulalah kedengaran ..
   "Liyana nak pinjam buku maths hang."
    "Weh , lepas hang aku nak pinjam buku dia pulak tau."
Kann ? Dia baik , tapi satu je yang aku tak suka. Perahsia! Bila aku nak tengok dia buat karangan ke , pasal potensi diri ke , dia selalu macam "mana boleh tengok ..." secara lembut lah kan.

Illya - budak ni berbadan besar , tapi pipi dia tak de lah tembam sangat. Dia berkulit gelap. Perangai dia pulakk .. Awal-2 memang boleh ... Puih ! Aku benci habis la . Aku cakap dengan dia elok-2 boleh pulak dia jawab .. "Whatever!" Lepas tu aku tak cakap dengan dia terus! Then , bila dia cakap dengan aku , aku cakap la elok-2. Dan hari seterusnya , aku cakap elok-2 dia balas dengan suara yang menenangkan hati . Sampai aku cakap cam ni .. "Pandai jugak cakap elok-2."

Syaza - This cute girl , with beautiful eyes , 'kuning langsat' skin .. Budak ni tak taulah nak describe macam mana . Sebab dia tak de lagi perangai yang aku tak suka. Yang pasti dia birthday sama dengan aku ! Dan bila aku sembang dengan dia tak ada lah kekok sangat. Dia tak berlagak , syok bila sembang dengan dia. Aku bersyukur sebab dapat berkenalan dengan budak comel ni..

Ainul - Budak ni banyak cakap sikit. Dan kadang-kadang dia macam orang tak betul bila dia mengantuk dalam kelas. Yalah .. Budak asrama katakan.

Koperasi skolah
Kakak koperasi tu cute. Montel jaa . And .. koperasi sekolah aku selalu crowded ! Tengah kebisingan melanda dalam koperasi , ada la budak laki gatai tangan pi bukak radio yang sedia ada tu kuat-kuat. Satgi kakak tu jerit "Woi , sapa bukak radio pulak ni!!" Hahaha. Memang lawak la.

Maybe tu je kot yang aku boleh cerita. I have no idea ! OKEYH .. Assalamualaikum.





Sunday, 10 February 2013

Alam sekolah menengah bermula ! #1

Asslamualaikum + Annyeong haseyo ~

Tahun ni aku dah masuk 13 tahun. Alhamdulillah aku dapat sekolah yang terkenal jugak la dekat Penang. Tapi tak mau mention la kat sini. Kalau aku nak kutuk pun , tak de lah burukkan imej sekolah tu kann ? Hampa sedia ke nak baca entri yang rasa-2 membosankan ni ?


Orientasi
Ada orang kata .. orientasi ni paling membencikan ? Tapi .. bagi aku , orientasi ni best apa! Dikendalikan oleh senior-2. Hermm .. Apa yang aku ingatlah kan .. Yelah dah sebulan sekolah mana nak ingat sangat minggu orientasi ni! Apa yang aku ingat .. Masa nak bahagi kumpulan tu .. Dia bagi kertas, ada nama group. dan kena cari group sendiri.  Dan .. semestinya .. ada senior-2 hensem lah kann .. (auww . gedikslah . Tapi biasa la kann ? Perempuan. Mengagumi ciptaan Allah yang sungguh indah ..) Sorang nama Fairuz . Sorang lagi nama ..kurr .. kurr. (bunyi burung) Rahsia arr ! (Aikk .. Sama nama dengan kawan/senior korang kat sekolah ? Sorry sikit naa .. Nama je samaa.) 
Yang si Senior F tu pandai nyanyi. Time kami nak belajaq nyanyi sekolah , dia la yang ajarkan. Time dia duk syok feeling ajaq kami nyanyi lagu sekolah , ada sorang Senior ni , kami panggil dia "Abang Kacau Line." Suka kacau time orang duk cakap kat microphone. Mungkin bukan niat dia , tapi memang selalulah! Lepas tu , yang paling boring sekali dengar ceramah la !
Ehh .. Mianhe.. (Sorry) Dah malam kul 12 dah ni .. Nak tidoq awal. Walaupun esok tak sekolah , tapi nak sembahyang Subuh takkanlah pukul 7:30 kann ? Okeyy . Nanti saya sambung .. About my class , my new GIRL FRIENDS , MY NEW boyfriendS .. (kawan okey !) about i admire .. (ENGLISH TERUK BETUL!) k.. BYE. Asslamualaikum ~

Doa non stop

Asslamualaikum + Annyeong haseyo ~

 Cuti raya cina ni banyak sangat kerja sekolah yang aku dapat . Then .. Bila aku tengah buat kerja sekolah BM kann .. Rumah pulak time tu tengah nak kemas-2 . Habis barang-2 aku entah ke mana . Bila cari buku kan .. TAK DAK !

Aku dah risaulah . Bila tanya kakak aku, dia kata dalam stor ! Logik tak ? Memang la tak mustahil .. Aku dah fikir .. Habislah aku nak kena buat buku lain . Jadi .. Lepas solat aku berdoa kepada Allah.

Alhamdulillah ! Malam ni , lepas sembahyang Isya' aku nak buat kerja sekolah. Aku pergi la kat bilik nak cari buku yang ada list kerja sekolah. Cari punya cari .. terjumpalah buku kerja sekolah dengan buku BM . Alhamdulillah . Padahal aku dah cari dah kat situ semalam tapi tak jumpa !

So .. Kalau ada masalah .. Mengadulah kepada Allah. Allah sentiasa mendengar ..
Okey , that's for this night . Salam .. Oh yeap . Tinggalkan jejakmu di shoutbox !


Friday, 1 February 2013

QASIDAH di sekolah

Assalamualaikum , annyeong readers ^^

Firstly , thanks sebab baca entri ni . Sebenarnya , saya tak dak idea nak tulis blog . Tiba-tiba teringat pulak semalam.(jumaat) Lepas balik , setiap hari jumaat , budak perempuan sekolah saya semua kena pergi ke surau. Ada usrah. So , saya dengan biasanya jalan lah ke surau.

Lepas letak beg dekat luar surau , saya pun masuk la. Selalunya , usrah ceramah dengan perbincangan berkumpulan selang seli. Minggu lepas dah ceramah. Saya pun pelik lah kenapa mereka tak duduk dalam kumpulan. saya pun ambil tempat sebelah kawan.

Lepas semua orang dah masuk surau kan , tetiba ada orang start edar kertas . Rasanya tu kertas qasidah. Bila dah start berqasidah , betapa merdunya suara kakak sekolah aku tu . Rupa-rupanya kakak tu aku kenal . Senior aku kat sekolah rendah. Aku ta k tau la untuk qasidah ni , nak guna dia nyanyi ke dia baca . Tapi ada satu qasidah ni syok jer bila nyanyi/baca. Try la cari kat youtube.

1.Wahai Purnama
2.Ya Hanana

Siap dengan gendang dan kerincing lagi ! Lepas diorang habis , dari belakang ada sekumpulan kakak tudung labuh bukan berpakain sekolah (tetamu la tu . susah betul nak describe.) tetamu dari tuanku bainun apa ntah. Diorang pun berqasidah jugak rupanya . Tekong dia punya la bersemangat . Siap edar minyak wangi lagi untuk semua budak perempuan pakai. Lpas tu kan yang syoknya , time kami dok berqasidah tetiba ustazah sekolah aku menyampuk. Ustazah sebut nama ssorang kata waris sedang tunggu di belakang surau. Urgent. semua budak perempuan toleh. Waris a.k.a mak cik tu dengan selambanya melambai . Popular betul !

Hahah . That's all . Assalamualaikum . Annyeong . Sorry kalo ada typo sbb saya tulis selalu kelam kabut !

LOTS OF LOVE
The Writter


p/s : Menumpang japp . Handsome tak laki ni ? Nama dia Donghae ^^ Kalau rasa dia handsome , leh arr komen atau shout kat chatbox .


Alang-2 dah melawat blog , jom tengok SUPER JUNIOR M BREAK DOWN
Please ~ !!! Boleh la ? Kalau benci kpop atau x suka kpop , tolong tengok k ?